Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 7a

Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera

Diterbitkan Mei 11, 2023 · Dikemas kini Mei 11, 2023 oleh Amalina Athman

Selain Pixel Fold, Google turut melancarkan Pixel 7a sebagai penambahan dalam portfolio peranti Pixel.

Berkaitan

  • Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera

Spesifikasi

Pixel 7a_4

Membawakan binaan yang sama seperti Pixel 6a, ia dilengkapi skrin berukuran 6.1-inci OLED dengan resolusi FHD+, perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 3 dan IP67 serta 90Hz kadar segar semula.

Menguasakan Pixel 7a adalah cip Google Tensor G2. Ia digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR5 dan 128GB storan dalaman yang berasaskan UFS 3.1.

Pixel 7a_3

Sistem kamera turut ditambah baik berbanding pendahulunya. Pada bahagian panel belakang, ia menempatkan tetapan dua kamera 64MP utama dengan sokongan Super Res Zoom sehingga 8x dan 13MP ultra-lebar, manakala kamera hadapan dengan 13MP.

Bagi menghidupkan peranti, Pixel 7a diisi dengan bateri berkapasiti 4,385mAh serta didatangkan bersama kepala pengecas dan USB-C dalam kotak pembelian. Ia juga menyokong kemas kini Pixel sehingga 5 tahun.

Harga

Pixel 7a_2

Terdapat empat varian warna yang tersedia iaitu Coral, Sea, Charcoal dan Snow. Harga yang ditawarkan bermula $499 (~RM2,220) untuk pasaran AS.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY