Tiga Produk Tumpuan Google I/O - Pixel 6a, Pixel 7 Dan Pixel Watch

Google I/O adalah sebuah acara yang mana Google akan memperkenalkan beberapa produk baharu. Antara yang menjadi tumpuan ialah telefon Pixel.

Generasi terbaru, siri Pixel 6 sudah pun dilancarkan Oktober tahun lalu namun untuk model dengan spesifikasi lebih rendah tidak dirasmikan pada waktu sama.

Pixel 6a


Semalam, Google telah merasmikan Pixel 6A dan ia menepati beberapa khabar angin sebelum ini.

Dijual pada harga $449 (~RM1,970) dan menyokong 5G, ia tetap menggunakan cip Tensor seperti abang kakaknya, skrin OLED sebesar 6.1 inci, RAM 6GB, storan sebesar 128GB.

Image of the phone in Charcoal, Chalk and Sage

Bateri pula berkapasiti 4410mAh namun tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Dua kamera belakang ialah 12.2MP utama dan 12MP sudut lebar manakala swafotonya masih mewarisi 8MP daripada Pixel 6.

Untuk perlindungan, ia dilengkapkan dengan kaca Corning Gorilla Glass 3 dan IP67 tahan air dan debu.

Pixel 6a ini juga malangnya tidak mempunyai port audio 3.5mm.

Untuk spesifikasi penuh dari Google, anda boleh telitinya di laman sesawang Google Store.

Pixel 7 Pro dan Pixel 7


Tidak seperti jenama lain, produk Pixel tidak perlu ditiriskan kerana Google sendiri akan mengumumkannya sejak awal. Dalam acara semalam, Google telah mendedahkan rekaan Pixel 7 Pro dah Pixel 7.



Masih mengekalkan tubuh yang sama seperti Pixel 6, perubahan yang sangat ketara ialah rekaan modul kamera belakang dan 'jalurnya' yang kini hadir dalam pelbagai warna (perak, emas dan hitam), bukan lagi terhad hitam sebelum ini.

Justeru, keberadaan lensa-lensa tersebut jelas dapat dilihat. Bahkan, ada yang bergurau mengatakan rekaan tersebut sama seperti ura-ura kamera hadapan iPhone baharu kelak yang dikatakan mengaplikasi rekaan pil + bulat.



Pixel 7 Pro akan disertakan 3 kamera di panel belakang manakala Pixel 7 pula hanya 2 lensa.

Pixel Watch


Ini merupakan jam pintar pertama daripada Google yang dilihat cuba menyaingi Apple Watch, tidak seperti Fitbit yang menumpukan terhadap kesihatan.



Ia hadir dengan rekaan bulat dan butang dan crown di tepi. dan menjalankan Wear OS 3 yang dikatakan lebih baik dalam notification dan navigasi.

Uniknya, jam tangan pintar ini turut mempunyai integrasi Fitbit.

Google teases Pixel 7 and 7 Pro, Pixel Watch, and Pixel Tablet

Pixel Watch juga tersedia dengan dua varian, selular dan tanpa selular. Malangnya, ia hanya boleh dipasang dengan peranti Android.

Di sebalik pengumuman ini, peranti ini bagaimanapun akan masih belum tersedia di pasaran kerana ia akan dijual bersama-sama Pixel 7 kelak. Spesifikasinya masih tidak didedahkan.

Baca juga: