Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CNET pixel 7 pro

Pixel 7 Dilarang Jual Di Pasaran Penting Google – Pixel 8, 9 Turut Berisiko

Diterbitkan Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Google ketika ini berada dalam kelompok pengeluar telefon Android terbesar Jepun, mengatasi jenama seperti Samsung dan Xiaomi. Namun, Google kini berdepan halangan besar selepas mahkamah mengarahkan larangan jualan siri Pixel 7 di negara itu.

Menurut laporan ET News dan Mlex, larangan itu dibuat selepas Google kalah dalam kes saman berkaitan pelanggaran paten dengan syarikat Korea Selatan, Pantech.

Mahkamah Jepun mendapati Google melanggar paten standard penting yang biasanya dilesenkan di bawah syarat FRAND (adil, munasabah dan tidak mendiskriminasi). Paten tersebut melibatkan teknologi “control signal mapping” yang digunakan dalam rangkaian LTE.

Menurut ET News, antara sebab utama mahkamah memutuskan larangan jualan adalah sikap Google yang dilihat tidak ikhlas dan tidak memberi kerjasama sepanjang proses perbicaraan.

Siri Pixel 8 & 9 turut berisiko

Walaupun siri Pixel 7 sudah hampir tiga tahun berada di pasaran dan digantikan dengan siri Pixel 8 dan 9, isu ini belum selesai. Pantech dilaporkan turut memfailkan tindakan undang-undang tambahan untuk menghalang jualan model terbaru itu di Jepun.

Sekiranya larangan ini diluluskan, kesannya jauh lebih besar memandangkan Jepun adalah salah satu pasaran terpenting untuk Google. Laporan Counterpoint Research menunjukkan penghantaran telefon Pixel di Jepun pernah melepasi angka di Amerika Syarikat pada suku pertama 2023.

Buat masa ini, jualan siri Pixel 7 telah dihentikan di Jepun. Namun, nasib Pixel 8 dan Pixel 9 bergantung kepada keputusan mahkamah seterusnya. Jika larangan itu diteruskan, Google berisiko kehilangan sebahagian besar pegangan dalam pasaran Jepun.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pixel Masih Sendu Di Malaysia – Antara Harapan & Realiti Pasaran Sebenar
  • Kemas Kini Wajib Pixel 6a Akan Kurangkan Kapasiti Bateri - Ini Sebabnya
  • Google Perkenal Gemini CLI - Ejen AI Sumber Terbuka Untuk Terminal Pembangun

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY