Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Gemini CLI –  Ejen AI Sumber Terbuka Untuk Terminal Pembangun

Google Perkenal Gemini CLI – Ejen AI Sumber Terbuka Untuk Terminal Pembangun

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini melancarkan ejen AI sumber terbuka baharu yang membolehkan pembangun mengakses keupayaan Gemini secara terus dalam terminal, termasuk Windows Terminal.

Dikenali sebagai Gemini CLI, alat ini dibangunkan sebagai projek sumber terbuka di bawah lesen Apache 2.0.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/26200820/GenMedia_demo_keyword.mp4

Google memaklumkan Gemini CLI turut diintegrasikan dengan Gemini Code Assist, bersama sokongan Model Context Protocol (MCP) serta integrasi Google Search. Selain itu, ia menyokong penjanaan imej dan video melalui alat AI seperti Veo dan Imagen.

Ketersediaan

Gemini CLI kini tersedia untuk pratonton awal oleh pembangun. Untuk mencubanya secara percuma, pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan akaun Google peribadi bagi mendapatkan lesen Gemini Code Assist tanpa caj.

Lesen percuma ini memberikan akses kepada model Gemini 2.5 Pro bersama tetingkap konteks sehingga 1 juta token.

Google turut menawarkan had penggunaan sebanyak 60 permintaan model setiap minit dan 1,000 permintaan setiap hari, yang menurut Google merupakan had percuma terbesar yang ditawarkan dalam industri setakat ini.

Google Perkenal Gemini CLI –  Ejen AI Sumber Terbuka Untuk Terminal Pembangun

Bagi pembangun profesional yang memerlukan penggunaan berbilang ejen AI secara serentak atau mahu memilih model AI yang lebih khusus, Google menyediakan pilihan untuk menggunakan kod akses Google AI Studio atau Vertex AI dengan kaedah pembayaran berdasarkan penggunaan. Terdapat juga langganan Gemini Code Assist Standard atau Enterprise.

Buat masa ini, Google tidak memperincikan sama ada ejen AI ini akan kekal percuma apabila dilancarkan secara rasmi.

Namun, penawaran percuma ini dilihat memberi kelebihan berbanding penyelesaian AI lain seperti Claude daripada Anthropic, GitHub Copilot atau integrasi chatbot AI Microsoft dalam Windows Terminal.

Untuk butiran selanjutnya, layari laman rasmi Google.

Berkaitan

  • Google Perkenal Model AI 'Paling Pintar' - Gemini 2.5
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Ciri Kapsyen Gemini Live Kini Tersedia Untuk Pengguna Android, iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY