Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini

Selain Pixel 4a, Google turut mengumumkan 2 buah lagi model iaitu Pixel 4a (5G) dan Pixel 5. Akan tetapi, tiada banyak yang diperkatakan oleh Google mengenai kedua-dua peranti ini terutamanya spesifikasi mereka.

Pixel 4a (5G) merupakan pasangan kepada Pixel 4a yang telah diumumkan dengan naik taraf skrin lebih besar dan tambahan lensa. Manakala Pixel 5 merupakan pengganti kepada siri Pixel 4 tahun lepas jadi ia merupakan peranti yang lebih premium.



Google ada menyatakan harga permulaan kedua-dua peranti ini iaitu 499 USD iaitu peningkatan yang agak besar jika dibandingkan dengan harga Pixel 4a pada 349 USD.

Kedua-dua peranti sudah tentu akan dijana cip lebih berkuasa dengan rangkaian 5G. Minimum yang disenaraikan mungkin Snapdragon 690, namun kemungkinan besar Google akan menggunakan cip Snapdragon 765G sebagai nadi peranti.

Rekaan peranti tidak dikongsi secara rasmi oleh Google. Hanya sisi peranti sahaja yang diperlihatkan. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi pada menjelang hujung tahun (sekitar bulan September-November) dan berita mengenainya akan dikongsi Google pada bulan-bulan yang mendatang.

Sumber: Google

 

Berkaitan