Pixel 4 Adalah Telefon Pintar Paling Teruk 2019/2020

11 sebab Google Pixel 4 layak ditabal sebagai telefon paling teruk 2019/2020.


Telefon pintar terbaru, Google Pixel 4 yang diperkenalkan baru-baru ini telah menerima banyak komen negatif daripada pemerhati teknologi mahupun para peminat mereka sendiri.

Terdapat banyak sebab yang melayakkan Pixel 4 ditakhtakan sebagai model telefon pintar paling teruk untuk tahun 2019. Berikut adalah 11 sebab menurut pendapat penulis:-


  • Harga mahai!




Google mengumumkan, harga Pixel 4 adalah bermula dari USD799.00 (64GB). Itu adalah harga bagi model telefon pintar premium dan sememangnya harga tersebut sepatutnya meletakkan Pixel 4 dalam kategori peranti premium.

Tetapi malangnya, spesifikasi Pixel 4 tidak melayakkannya sebaris dengan model peranti premium lain. Disebabkan itulah harga jualan yang mahal itu hanya menjatuhkan lagi taraf Pixel 4.


  • Kapasiti bateri mengarut




Salah satu perkara yang paling mendukacitakan dan menjadi bahan ketawa peminat telefon pintar adalah bateri Pixel 4  hanya dimuatkan dengan bateri berkapasiti 2800mAh sahaja. Harga ribu-ribuan ringgit tapi bateri ciput.

Tambahan pula dengan beberapa ciri utama lain yang ada pada Pixel 4, pastinya ia memerlukan penggunaan kuasa bateri yang besar. Sekaligus kapasiti bateri sekecil itu tidak mampu membolehkan Pixel 4 beroperasi lebih lama.


  • Ciri keselamatan yang cacat




Belum pun Pixel 4 berada di pasaran, ia telah menerima krtikan berkaitan ciri keselamatan imbasan wajah bagi mengakses peranti tersebut. Ini kerana ciri imbasan wajah Pixel 4 akan tetap mengesahkan penggunanya walaupun mereka menutup mata.



Sekaligus menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengakses peranti tersebut tanpa pengetahuan pemiliknya. Walaupun Google telah memaklumkan mereka akan membetulkan isu ini dalam beberapa bulan akan datang, tapi tak tahulah apa yang difikirkan pembangunnya ketika menghasilkan ciri tersebut.


  • Storan ciput




Pilihan storan yang ditawarkan Google untuk Pixel 4 juga membuatkan pengguna menggelengkan kepala. Hanya dua saiz storan sahaja ditawarkan kepada pengguna Pixel 4 iaitu 64GB atau 128 GB sahaja. Menjadikannya lebih teruk, Pixel 4 tidak dilengkapi dengan ruang storan tambahan kad SD.


  • Ke mana 855+?




Pengguna mengharapkan Pixel 4 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon paling berkuasa yang ada ketika ini iaitu Snapdragon 855+. Tetapi mendukacitakan, ia hanya dipadankan dengan Snapdragon 855 sahaja.

Jangan salah faham, Snapdragon 855 adalah cip berkuasa tapi pengguna pastinya mahukan yang lebih lagi. Tambahan pula harga Pixel 4 adalah harga premium. Ringkasnya, Google kedekut dan tamak.


  • Motion sense?




Ini adalah ciri yang diperkenalkan Google yang membolehkan penggunanya mengawal Pixel 4 tanpa menyentuh skrin peranti tersebut. Cukup hanya dengan memberikan gerakan arahan tangan, pengguna boleh melaksanakan arahan ringkas seperti mematikan bunyi jam, mengabaikan panggilan telefon dan mengawal media dimainkan (terhad hanya pada aplikasi yang menyokong ciri ini).

Pendapat penulis, ciri yang sia-sia dan tidak releven ( mungkin untuk ketika ini).


  • Skrin 90Hz yang sia-sia




Bunyi macam menarik, tapi skrin 90Hz dengan saiz bateri ciput? Tambahan pula tidak banyak lagi aplikasi yang menyokong ciri kadar segar 90Hz yang akan menjadikan visual aplikasi dipaparkan dengan  lebih halus (sedap mata memandang).

Malah dari pendedahan terbaru, ciri 90Hz skrin Pixel 4 secara automatik akan dinyah aktif apabila kadar cerahan skrin peranti tersebut diturunkan ke paras 75% ke bawah. Bawah pada kadar cerahan itu, skrin Pixel 4 akan kembali pada kadar segar 60Hz.

https://twitter.com/MishaalRahman/status/1186850803258200065?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1186850803258200065&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.pcmag.com%2Fgoogle-pixel-4%2F34606%2Fpixel-4-turns-off-90hz-refresh-below-75-percent-brightness

Ciri automatik tetapan kadar segar itu pastinya ada kena mengena dengan keupayaan bateri Pixel 4 yang kecil. Jadi, apa gunanya skrin 90Hz? Satu lagi ciri yang sia-sia.


  • Reka bentuk buruk




Reka bentuk Pixel 4 tidak dapat diabaikan kerana buruk. Lihat saja pada bingkai bahagian atas Pixel 4 yang tebal. Harga premium, tapi reka bentuk tak elok langsung. Mungkin pereka bentuk produk Google dah buntu idea agaknya.




  • Kamera yang tidak dibanggakan




Pengguna Pixel sebelum ini amat berbangga dengan keupayaan kamera Pixel mereka. Malangnya Pixel 4 tidak meneruskan legasi kehebatan kamera Pixel yang dibanggakan itu.

Sebaliknya Google telah terkebelakang dalam perlumbaan ciri kamera. Paling tidak menggembirakan adalah ia tidak dilengkapi dengan lensa ultra sudut lebar dan hanya menggunakan lensa TOF (Time-of-Flight).

Malah kamera Pixel 4 menerima markah yang rendah jauh lebih rendah berbanding telefon pintar premium lain seperti  Samsung Galaxy S10, OnePlus 7 Pro dan Huawei mate 30 Pro dari pihak DxOMark.

Kapsyen: Tiada apa yang boleh dibanggakan.



  • Tiada 4K 60fps




Era video moden dan memasuki ke tahun 2020 pastinya pengguna mahukan peranti yang mampu melakukan rakaman video pada kualiti tertinggi. Tetapi ini tidak berlaku kepada Pixel 4. Kamera utama Pixel 4 hanya mampu merakam rakaman 4K 30fps sahaja.

Walaupun pihak Google telah menjawab isu ini dengan menyatakan kebanyakkan pengguna hanya merakam video meraka pada resolusi 1080p sahaja, ini bermakna mereka tidak peduli dengan keperluan pengguna profesional yang mahukan rakaman video 4K 60 fps untuk hasil kerja mereka.

Lagi sekali had kualiti rakaman tersebut berbalik semula kepada isu keupayaan bateri dan storan Pixel 4 yang kecil serta kurangnya peka Google terhadap kehendak pengguna profesional.


  • 5G kelaut




Pixel 4 bakal menjengah lebih banyak di pasaran seluruh dunia dalam tahun 2020 yang tidak lama sahaja lagi akan tiba. 2020 adalah permulaan kepada era 5G yang lebih luas dan juga permulaan kepada penamatan era 4G.

Malangnya Google tidak melihat perkara ini sebagai satu isu penting yang dimahukan pengguna dalam peranti moden mereka. Tiada sokongan 5G pada Pixel 4 adalah sesuatu yang sedikit mengecewakan walaupun Google mempunyai alasan mereka sendiri.

Kesimpulan


Sepatutnya Google bersinar cemerlang dengan Pixel 4, malangnya hanya memalukan sahaja. Lebih mengecewakan adalah Pixel 4 adalah dari Google, sebuah syarikat gergasi teknologi yang sepatutnya ke depan dalam teknologi. Tetapi ia tidak diterjemahkan pada Pixel 4.

Kemunculannya pula hanya menyebabkan pengguna lebih mudah membuat pilihan bagi mendapatkan telefon pintar terbaru yang lebih nilai dan berbaloi dimiliki berbanding Google Pixel 4.

Ringkasnya, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah Pixel 4 adalah calon yang boleh disenaraikan seterusnya ditabalkan sebagai model telefon pintar paling teruk 2019/2020 yang "mungkin" pihak Google sendiri mahu mengakuinya, tetapi terpaksa diam dan menafikannya.

Sekian.