Connect with us

Berita

Kamera Google Pixel 4 Mendapat Markah 112 – 10 Teratas Tapi Jauh Dari Memegang Takhta DxOMark

Avatar

Ditulis

pada

Ujian kamera DxOMark untuk Google Pixel 4 telah disiarkan dan peranti itu mencatatkan markah sebanyak 112. Markah ini merupakan peningkatan yang bagus jika dibandingkan dengan Pixel 3 yang mendapat markah sebanyak 102.

Kamera Pixel 4 dipuji dalam memberikan perincian yang tinggi dan juga kemampuan zum yang bagus dengan penambahan lensa telefoto. Kemampuan kamera untuk fokus juga pantas, kualiti rakaman video yang sangat baik dan juga mempunyai penggambaran warna kulit yang sangat tepat.

Posisi Pixel 4 dalam carta berada pada tangga ke-lapan, di mana ia berkongsi markah yang sama dengan Huawei Mate 20 Pro.

Walau bagaimanapun, markah yang diperolehi masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan peranti Huawei Mate 30 Pro dengan markah 121. Berbanding dengan pesaing, Pixel 4 tidak mempunyai lensa sudut lebar dan lensa TOF yang menjadikannya sedikit ketinggalan dengan penawaran ciri kamera terbaru oleh peranti lain.

Sumber: DxOMark

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular