Pixel 4 Tidak Mempunyai Ciri Rakaman 4K Pada 60fps, Ini Adalah Alasan Google

Ciri rakaman 4K 60fps pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Apple pada siri iPhone 8 dan iPhone X pada tahun 2017. Untuk peranti Android pula, ia mula diperkenalkan dengan kehadiran siri Samsung Galaxy S9.

Kebanyakan peranti Android telahpun menyokong fungsi ini tetapi bukan Google. Walaupun cip pemprosesan siri Google Pixel 4 mampu untuk merakam resolusi 4K 60fps, Google hanya mengehadkan rakaman kepada 4K 30fps sahaja.

Google telah menjawab isu ini melalui Twitter. Menurut Google, kebanyakan pengguna hanya merakam pada resolusi 1080p sahaja, jadi mereka memfokuskan pengoptimasian untuk resolusi tersebut berbanding menggunakan rakaman 4K 60fps.

https://twitter.com/madebygoogle/status/1185736531002179584

Dilihat ironi apabila Google membangkitkan isu storan sedangkan mereka jugalah yang mengehadkan maksimum 128GB storan untuk Pixel 4. Secara peribadi, kami melihat punca Google tidak memberi pilihan rakaman 4K 60fps adalah kerana rakaman pada resolusi tersebut tidak berada pada kualiti yang memuaskan.

Berkaitan