Ini Alasan Google Mengapa Pixel 4 Tidak Menyokong 5G

Satu lagi sebab mengapa anda tidak perlu miliki Pixel 4.


Jika anda mengharapkan Pixel 4, telefon pintar terbaru Google menyokong teknologi 5G, anda lupakan sahaja harapan tu.

Ini kerana telefon pintar terbaru Google itu tidak menyokong teknologi 5G. Sekurang-kurangnya buat masa ini Google belum bersedia melengkapi telefon pintar mereka dengan sokongan 5G. Ini kerana menurut mereka, ia belum keperluan utama lagi bagi kebanyakkan pengguna.

Ia dimaklumkan sendiri oleh Brian Rakowski, Penasihat Pengurusan Produk Google.

"It will get there, but now is not the right time to buy a 5G phone. Both from a deployment perspective—the coverage is not broadly available in enough places for enough users to benefit from it—[and] from a hardware and phone perspective—it's still power hungry [and] immature. There's work to be done there. We're tracking it closely and we'll bring a phone out when we feel like it's a good time for users, but now's not the time."

Buat masa ini, pembangunan 5G di A.S pun masih terlalu awal dan tidak menyeluruh sepenuhnya. malah kebanyakkan negara-negara di seluruh dunia masih pun belum menyokong rangkaian 5G.

Cuma, beberapa negara di Eropah dan Korea Selatan sahaja yang sudah mula menyokong teknologi 5G secara meluas.

Langkah yang diambil Google ini adalah sama sepertimana pada barisan model Apple iPhone 11 yang turut tidak menyokong sambungan 5G.

Sumber: wccftech