Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9_wisermy

Pixel 10 Dilapor Akan Guna Modem MediaTek

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amalina Athman

Semua peranti Pixel yang menggunakan cip Tensor direka dengan kerjasama Samsung dan menggunakan modem Exynos. Namun, sukar dinafikan bahawa prestasi modem Google berada di belakang yang lain.

Dalam perkembangan terbaru, Google dilapor akan menggunakan modem MediaTek pada siri Pixel 10 tahun hadapan.

Menurut laporan Android Authority, sebelum membuat keputusannya, Google telah menilai semua pilihan yang ada – termasuk cip Qualcomm Snapdragon X75 yang sama digunakan pada siri iPhone 16.

Atas satu sebab atau lain, syarikat itu memutuskan untuk menggunakan modem MediaTek T900.

Secara spesifik, modem yang belum dikeluarkan itu berdasarkan IP modem generasi “M85”, yang dijangka menggunakan spesifikasi 3GPP Release 17 5G, yang juga masih belum dikeluarkan atau diperincikan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai prestasi modem tersebut. Namun, boleh dikatakan bahawa Google mungkin merasakan ia adalah pilihan yang lebih baik daripada modem Samsung sedia ada, dengan mengambil kira faktor kos, prestasi dan lain-lain.

Berkaitan

  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel
  • Google Dilapor Sedang Bangunkan Komputer Riba Pixel

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY