Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 15_pixel

Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel

Diterbitkan Oktober 16, 2024 · Dikemas kini Oktober 16, 2024 oleh Amalina Athman

Google hari ini mengumumkan Android 15 versi stabil mula dilancarkan untuk peranti Pixel. Kemas kini ini membawakan sejumlah ciri privasi dan keselamatan baharu, serta penambahbaikan untuk peranti yang menyokongnya.

Android 15_

Antara ciri baharu dalam Android 15 ialah keupayaan untuk membuat “Private Space” atau ruang peribadi – seperti peti besi digital pada telefon. Menurut Google, pengguna boleh menghasilkan ruang peribadi berasingan untuk mengatur aplikasi sensitif seperti aplikasi sosial, dating atau perbankan.

Aplikasi yang diletakkan dalam ruang peribadi akan tersembunyi daripada senarai aplikasi, paparan aplikasi terbaharu, notifikasi dan tetapan. Untuk mengakses ruang peribadi, terdapat lapisan pengesahan tambahan, dan pengguna juga boleh menyembunyikan kewujudannya daripada paparan telefon.

Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel
Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel

Pada peranti lipat dan tablet, pengguna dengan mudah boleh pin dan unpin bar tugasan pada skrin. Ia membolehkan pengguna menyesuaikan reka letak dan memastikan aplikasi kegemaran, seperti Google Photos atau Gmail, dalam jangkauan untuk akses yang lebih pantas dan produktiviti yang lebih baik.

Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel

Terdapat juga ciri Theft Detection Lock yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu memastikan data pengguna selamat. Lain-lain penambahbaikan dalam Android 15 merangkumi ciri kamera, pemesejan dan kata laluan, dengan lebih banyak ciri akan ditawarkan kemudian.

Senarai peranti Pixel dengan sokongan Android 15

Berikut merupakan senarai penuh peranti Pixel yang menerima sokongan Android 15:

  • Pixel 6
  • Pixel 6 Pro
  • Pixel 6a
  • Pixel 7
  • Pixel 7 Pro
  • Pixel 7a
  • Pixel Tablet
  • Pixel Fold
  • Pixel 8
  • Pixel 8 Pro
  • Pixel 8a
  • Pixel 9
  • Pixel 9 Pro
  • Pixel 9 Pro XL
  • Pixel 9 Pro Fold

Secara keseluruhan, 14 model Pixel dan 1 tablet akan menerima kemas kini Android 15.

Berkaitan

  • Android 15 Dijangka Naik Taraf Ciri 'Find My Device', Telefon 'Mati' Pun Boleh Dijejaki
  • Ini Senarai Telefon Yang Boleh Cuba Android 15 Beta
  • 5 Ciri Menarik Yang Akan Ditawarkan Pada Android 15
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: The Keyword Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY