Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shamsul Anuar_1

Pintu Masuk Negara Bakal Dilengkapi Mesin Pengimbas Baharu, Lebih Canggih

Diterbitkan November 26, 2025 oleh Amalina Athman

Pintu-pintu masuk utama negara bakal dilengkapi dengan mesin pengimbas baharu dan lebih canggih bagi memastikan proses pemeriksaan dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan seterusnya membanteras jenayah penyeludupan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan sedang menjalankan penilaian komprehensif terhadap mesin pengimbas yang digunakan berikutan sebahagiannya telah pun mencapai tahap usia tertentu dan perlu diganti.

Beliau berkata ini termasuk mesin pengimbas kargo kontena, barangan penumpang serta pengimbas badan yang kini diambil alih secara berperingkat oleh Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Satu proses penilaian komprehensif sedang dilaksana bukan sahaja dari segi teknikal, tapi juga melibatkan faktor kos penyelenggaraan jangka panjang, keberkesanan operasi, kebolehupayaan teknikal serta sokongan selepas jualan.

Shamsul Anuar berkata proses itu turut mengambil kira teknologi terkini di pasaran antarabangsa seperti pengimbas tenaga tinggi untuk kontena besar yang dibangunkan Amerika Syarikat, sistem CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) berevolusi tinggi bagi bagasi penumpang dari Jerman dan mesin pengimbas mudah alih digunakan di pintu masuk darat yang dihasilkan China.

Beliau menjelaskan kajian menyeluruh terhadap teknologi dari negara-negara berkenaan akan membantu kerajaan memastikan perolehan mesin benar-benar memberikan nilai terbaik pada negara.

Berkaitan

  • Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September - Bakal Gantikan Sistem Kod QR
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY