Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro

Apple Mungkin Akan Benarkan Pindah eSIM iPhone Ke Android

Diterbitkan Mei 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Menukar telefon, terutamanya dari iPhone ke Android, boleh jadi leceh kerana eSIM biasanya tidak boleh dipindahkan terus. Pengguna sering perlu menghubungi syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan kod QR baru bagi mengaktifkan perkhidmatan di telefon baharu.

Walaupun di Malaysia, iPhone masih menyokong SIM fizikal, tetapi ramai juga pengguna yang menggunakan eSIM sebagai nombor utama mahupun kedua.

Namun, iOS 19 mungkin akan memudahkan proses ini. Dalam kemas kini Android 16 QPR1 Beta 1, ditemui beberapa petunjuk dalam aplikasi Google SIM Manager yang menunjukkan iOS 19 bakal menyokong pemindahan eSIM secara wayarles dari iPhone ke telefon Android.

Ciri ini dijangka akan muncul di halaman baharu “Transfer to Android” dalam tetapan iPhone, di bawah Settings > General > Transfer or Reset iPhone.

Pengguna mungkin boleh memulakan pemindahan dengan mengimbas kod QR pada telefon Android, mirip kaedah pemindahan antara peranti Android sekarang.

Selain itu, proses ini mungkin memerlukan ID sesi dan kod laluan yang dijana oleh iPhone. Jika sambungan gagal, ia mungkin kerana iPhone masih menggunakan versi iOS lebih lama daripada iOS 19.

Walaupun kedengaran pelik fungsi iOS ditemui dalam aplikasi Google, ini menunjukkan Google mungkin telah bekerjasama atau dimaklumkan lebih awal untuk menyediakan sokongan pemindahan ini dalam aplikasinya. Dengan WWDC 2025 semakin hampir, ciri ini berkemungkinan akan diumumkan tidak lama lagi.

Pemindahan eSIM antara peranti dalam ekosistem sama telah wujud, jadi peluasan ke antara platform adalah langkah logik, berkemungkinan hasil permintaan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap sokongan manual.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera
  • Google & Samsung Tengah Ubah Android Jadi Macam "Komputer"

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
©2026 WISER.MY