Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-21 120117

Pico 4 Ultra Dilancarkan Di China, Bateri Dan Alat Kawalan Dinaik Taraf

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini PICO mengeluarkan sebuah set kepala realiti campuran (mixed reality), iaitu PICO 4. Kini PICO baru sahaja mengeluarkan PICO 4 Ultra yang telah banyak dinaik taraf dari segi cipset, RAM, kamera saluran langsung, suite sensor, bateri, Wi-Fi dan alat kawalan yang dipertingkatkan.

PICO 4 Ultra dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon XR Gen 2, 12GB RAM dan 256GB storan. Selain itu, peranti ini menawarkan sepasang paparan 2.56 inci yang memaparkan resolusi 2,160 x 2,160 piksel setiap mata lensanya, kadar segar semula 90 Hz dan medan pandangan (FoV) 105° × 105° dan 20.6 piksel setiap darjah (PPD).

Screenshot 2024-08-21 120245
Screenshot 2024-08-21 120216

PICO juga telah menambah baik kapasiti bateri kepada 5,700 mAh serta menyokong pengecasan 45W, ditambah pembesar suara stereo dan empat mikrofon. Kameranya juga adalah sebesar 32MP.

Screenshot 2024-08-21 120455

Set kepala baharu ini turut menjalankan sistem operasi berasaskan Android yang mana boleh disambungkan dengan PC serta telefon pintar.

Buat masa sekarang, PICO belum mengesahkan ketersediaan untuk pasaran global lagi dan terhad untuk China terlebih dahulu.

Namun ia dijual pada harga CNY4,299 (~RM2,636).

Berkaitan

  • PICO 4, Set Lengkap VR Dijual Di Malaysia Serendah RM1,699
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • EV Jadi Bank Kuasa Mudah Alih, China Lancar Kenderaan-ke-Grid Berskala Besar Pertama
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Sumber: PICO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY