Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dying Light – Epic Games Store

Cepat Sambar 3 ‘Game’ Bernilai RM185 Ini Sekaligus Secara Percuma Sebelum Tawaran Tamat

Diterbitkan April 7, 2023 · Dikemas kini April 7, 2023 oleh ariff bukhari

Stor permainan popular Epic Games sedang menawarkan 3 judul permainan menarik dengan nilai keseluruhan RM185.95 yang boleh dimuat turun secara percuma oleh anda untuk masa terhad.

Pertama adalah shapez iaitu sebuah game bergenre teka-teki yang berharga RM20.50. Tawaran percuma untuk shapez akan tamat pada 13 April 2023, jam 11.00 malam.

Jika shapez adalah bukan genre kesukaan anda tetapi anda sukakan game bergenre aksi dan melawan zombi, game Dying Light Enhanced Edition adalah sesuai dengan minat anda.

Game ini yang berharga RM69.99 kini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 13 April 2023 nanti.

Dying Light Enhanced Edition menerima skor positif dari pemain Epic Store dengan 4.7 bintang.

Satu lagi game percuma yang ditawarkan Epic Store adalah World of Warships — Starter Pack: Ishizuchi di mana anda boleh mendapatkan pakej yang bernilai RM95.46 untuk game ini dengan percuma.

Tetapi anda perlu cepat kerana tawaran ini akan tamat pada hari ini, 7 April 2023, jam 11.00 malam nanti.

World of Warships — Starter Pack: Ishizuchi

Untuk info lanjut tentang spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan 3 judul permainan itu di komputer anda, layari laman rasmi Epic Games Store.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599
  • Nokia Pure UI Lebih Moden Dan Minimalis, Setanding 'Stock Android'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY