Petani India Gunakan Teknologi AI Untuk Tingkatkan Hasil Tanaman

Industri pertanian di India kini telah melangkah ke alam teknologi dengan pengenalan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI.

Menerusi aplikasi Plantix, ia berupaya mengenal pasti serangga perosak, penyakit yang ada pada tanaman serta keadaan cuaca, dan turut memberi nasihat mengenai tanaman dengan cara menghantar teks pesanan pada telefon bimbit petani.

Pplikasi ini merangkumi sistem maklumat cuaca khusus untuk lokasi petani dan ciri komuniti yang memudahkan interaksi dengan pihak lain yang berminat dalam perkhidmatan perlindungan tanaman.

Plantix berfungsi dengan cara mengecam tanaman melalui foto yang dimuat naik oleh petani, kemudiannya dianalisis menggunakan teknologi imej pengecaman yang menggunakan pengkalan data.



Plantix mempelajari sesuatu tanaman dengan cara mengaplikasikan mesin pembelajaran pada foto yang diambil oleh petani, kemudiannya ia akan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tanaman itu.

Ia turut mampu mengukur kadar nitrogen dan boleh membantu petani mengenal pasti tumbuhan perosak yang perlu dibuang.

Penggunaan teknologi berasaskan AI oleh petani India memberikan situasi menang-menang antara mereka dan pembangun aplikasi. Hal ini kerana, setiap data tanaman yang diberikan oleh petani akan dimanfaatkan oleh pembangun aplikasi dalam melakukan penyelidikan.

Pada masa ini pangkalan data mempunyai setengah juta gambar yang meliputi 30 tanaman di seluruh dunia dan menawarkan preskripsi untuk lebih daripada 120 penyakit tanaman

Sumber: Tech In Asia