Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari penuh

NASA WB-57 Akan Kejar Bayang-Bayang Bulan Semasa Gerhana Matahari Penuh Pada 12 Ogos 2026

Diterbitkan Julai 30, 2026 · Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh ariff bukhari

Satu fenomena astronomi yang menarik dijangka bakal berlaku pada Rabu, 12 Ogos 2026 akan datang.

Fenomena itu, Gerhana Matahari Penuh 2026 dijangka akan dapat dilihat di beberapa bahagian Greenland, Iceland, utara Rusia, Lautan Atlantik, Sepanyol dan sebahagian kecil Portugal.

Penonton di tempat lain di Hemisfera Utara juga akan berpeluang untuk mengalami gerhana matahari separa, termasuk sebahagian A.S. (dari Alaska hingga Carolina Utara), kebanyakan Kanada, sebahagian besar Eropah dan barat laut Afrika.

Bukan sekadar persembahan visual yang memukau, peristiwa ini turut menjadi pentas penyelidikan sains berskala besar di mana pasukan penyelidik NASA bakal menerbangkan pesawat altitud tinggi WB-57 untuk ‘mengejar’ bayang-bayang Bulan bagi mengkaji korona Matahari.

NASA WB-57
Pesawat NASA WB-57 menyediakan platform udara altitud tinggi yang unik kepada agensi Kerajaan AS, institusi akademik dan pelanggan komersial untuk menyokong penyelidikan saintifik dan pembangunan serta pengujian teknologi canggih di lokasi di seluruh dunia.
NASA WB-57 2
Pesawat WB-57 merupakan pesawat jarak jauh berketinggian tinggi yang mampu beroperasi dari aras laut sehingga melebihi 60,000 kaki selama kira-kira 6.5 jam dengan jarak jangkauan 2,500 batu (~4,023 km) ke pelbagai benua.
NASA WB-57 1
Pesawat ini dikendalikan oleh dua orang krew, seorang juruterbang dan seorang pengendali sensor yang menguruskan navigasi serta beban muatan sains—pesawat ini direka khas untuk misi penerbangan siang dan malam selagi mana ia dapat mengelak daripada cuaca berbahaya.

Pada masa yang sama, belon atmosfera juga akan dilancarkan untuk meneliti impak fenomena ini terhadap atmosfera Bumi.

Bagi anda yang berada jauh dari laluan utama pula, jangan bimbang.

NASA bakal membawakan siaran langsung secara maya dari Iceland dan Sepanyol bermula jam 1:15 petang ET.

Jadi, orang ramai di seluruh dunia akan turut berpeluang menyaksikan keajaiban alam ini secara masa nyata lengkap bersama ulasan pakar, sambil berinteraksi terus menerusi platform media sosial seperti X, Facebook, dan Instagram.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia
  • Kilang TV Panasonic Di Malaysia Akan Ditutup, 400 Pekerja Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY