Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pesaing Dimensity 8100? Mungkin Ini Spesifikasi Snapdragon 7 Gen 1

Posted on April 7, 2022

Snapdragon 8 Gen 1 antara cip yang paling banyak digunakan pada peranti kelas andalan. Jika lihat sahaja nama cipset ini, pasti semua tahu bagaimana prestasinya pada sesebuah peranti yang menggunakan cip tersebut. Kini tertiris satu cipset baharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 7 Gen 1.

Nama cipset ini sekarang dilihat sedang berlegar-legar dalam platform Twitter China iaitu Weibo. Sebagai sebuah cipset pengganti kepada Snapdragon siri 7, sememangnya cipset ini mempunyai penambahbaikan dari segi prestasi, penggunaan kuasa dan sambungan (connectivity).

Ia dihasilkan dengan menggunakan teknologi terbaharu senibina mikro untuk memastikan ia mampu memberikan prestasi yang tinggi dengan penggunaan kuasa yang rendah. Bukan itu sahaja, GPU Adreno dan Hexagon DSP pada cipset ini juga ditambah baik di samping mempunyai sokongan 5G yang lebih pantas.

Menurut Digital Chat Station, Snapdragon 7 Gen 1 ini menggunakan 4 teras ARM Cortex A710, 4 teras ARM Cortex A510 dan Adreno 662 GPU. Jika hendak dibandingkan,  Snapdragon 8 Gen 1 pula menggunakan 4 teras ARM Cortex A710, 4 teras ARM Cortex A510 dan 1 teras berprestasi tinggi Cortex X2.

Disebabkan ia merupakan cipset Snapdragon siri 7, terdapat dakwaan bahawa cipset ini tidak dapat menandingi prestasi Snapdragon 870. Ini bermaksud, peranti seperti POCO F3 dan Samsung Galaxy A52 mempunyai prestasi yang lebih baik.

Kita masih belum tahu bagaimana prestasi cipset ini bila digunakan pada sesebuah peranti. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja kemunculannya tidak lama lagi.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga:

  • Prestasi Mirip SD 888? MediaTek Lancar Cip 5nm, Dimensity 8100 Dan 8000
  • Peralihan Ke Windows 11 Perlahan, Pengguna Masih Setia Dengan Windows 10
  • Awas! Penggodam Boleh Mengambil Alih Peranti Samsung Yang Tidak Dikemaskini
  • Ini 5 Aplikasi Terbaik Untuk Anda Sepanjang Bulan Ramadan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress