Ini 5 Aplikasi Terbaik Untuk Anda Sepanjang Bulan Ramadan

Sebelum saya selami tujuan sebenar artikel ini, ingin saya kongsikan kurma terbaik yang pernah saya makan untuk sahur dan berbuka setakat hari ini.

Anda boleh dapatkannya di sini; Shopee - https://invol.co/cla7jqi, Lazada - https://invol.co/cla7jtu

Terdapat banyak aplikasi Islamik yang ditawarkan untuk dijadikan rujukan berkaitan hal-hal agama.

Ada yang menggunakan aplikasi Islamik untuk menyemak waktu solat, mengaji al-Quran, membaca hadis dan banyak lagi.

Sekiranya anda masih tidak pasti aplikasi mana yang terbaik untuk dimuat turun, di sini saya senaraikan 5 aplikasi Islamik tempatan untuk membantu anda membuat pilihan.

1. The Noor




The Noor merupakan aplikasi Muslim komprehensif yang dibangunkan oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

The Noor menawarkan pelbagai ciri sejak ia dilancarkan tahun lepas iaitu:

  • Waktu solat

  • Arah kiblat

  • Bacaan Al-Quran beserta tafsir

  • Pembayaran zakat

  • Carian tempat makan halal

  • Bahan interaktif Islamik untuk kanak-kanak

  • Pelaburan Islamik

  • Gedung barangan tempatan

  • Dan lain-lain


Menariknya aplikasi ini turut menawarkan pembelian kad Touch 'n Go khas bertemakan The Noor dengan pilihan warna yang menarik.

Muat turun aplikasi The Noor untuk iOS

Muat turun aplikasi The Noor untuk Android

Muat turun aplikasi The Noor untuk Huawei

2. Qalby




Qalby merupakan aplikasi tempatan yang dibangunkan oleh syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, salah seorang pembangun Qalby juga seorang selebriti terkenal iaitu Mizznina.

Qalby juga menawarkan pelbagai ciri menarik seperti:

  • Waktu solat

  • Arah kiblat

  • Bacaan Al-Quran beserta tafsir

  • Koleksi doa harian

  • E-jurnal & senarai semak ibadah




Ciri menarik yang ditawarkan dalam aplikasi Qalby ini adalah e-jurnal tersebut yang berfungsi seumpama planner dan secara tidak langsung merangkap sebuah kalendar.

Muat turun Qalby untuk Android

Muat turun Qalby untuk iOS

3. Waktu Solat Malaysia




Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh AMG Studio melalui data dri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri Islamik asas seperti:

  • Waktu solat

  • Arah kiblat

  • Zikir ringkas

  • Bacaan Al-Quran beserta tafsir

  • Koleksi bacaan doa

  • Panduan solat


Dilaporkan sejak Waktu Solat Malaysia dilancarkan, ia sudah menerima muat turun sejumlah 6.6 juta dan sudah tersedia untuk pengguna iOS dan juga Android.

Muat turun Waktu Solat Malaysia untuk iOS

Muat turun Waktu Solat Malaysia untuk Android

4. iman




Aplikasi iman ialah aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan bernama Muhammad Adiman.

Selain menawarkan waktu solat, terdapat juga ciri lain seperti:

  • Notifikasi azan

  • Arah kiblat

  • Carian tempat makan halal

  • Lokasi masjid

  • Tasbih

  • Bacaan Al-Ma'thurat




Aplikasi iman ialah percuma namun anda juga boleh mencuba iman Pro, versi berbayar dengan harga RM16.90. Pembayarannya hanya sekali sahaja dan bukannya langganan secara bulanan.

Melalui versi Pro, pengguna dapat menikmati fungsi tambahan lain seperti widget, tema yang boleh diubah suai, dan lain-lain.

Malangnya, aplikasi iman ini hanya tersedia buat pengguna iOS sahaja.

Muat turun aplikasi iman untuk iOS

Muat turun aplikasi iman Pro untuk iOS

5. Mukmin Pro




Mukmin Pro merupakan aplikasi Islamik terbaru yang baru sahaja dilancarkan sebelum bermulanya bulan Ramadan tahun ini.

Mukmin Pro dilancarkan oleh pelakon popular, Fazura, yang seperti nama aplikasi, berkonsepkan gaya hidup Muslim.

Seperti aplikasi Islamik yang lain, Mukmin Pro turut menawarkan pelbagai ciri menarik termasuk:

  • Waktu solat

  • Arah kiblat

  • Himpunan doa

  • Zikir dan ayat Al-Quran

  • Kandungan video Islamik

  • Dan lain-lain




Mukmin Pro sudah pun tersedia buat semua pengguna iOS dan Android secara percuma.

Muat turun Mukmin Pro untuk iOS

Muat turun Mukmin Pro untuk Android

Kesimpulan


Kesimpulannya, semua aplikasi Islamik tempatan yang disenaraikan di atas mempunyai kelebihan yang tersendiri. Diharap senarai ini dapat membantu anda membuat perbandingan serta pilihan untuk kegunaan harian.

Di kesempatan itu juga, ingin diucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca!

Baca juga: