Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung hack

Awas! Penggodam Boleh Mengambil Alih Peranti Samsung Yang Tidak Dikemaskini

Diterbitkan April 7, 2022 · Dikemas kini April 7, 2022 oleh Faiz Munir

Firma keselamatan Krytowire memberi amaran bahawa peranti Samsung yang tidak mengemas kini tampalan keselamatan berpotensi untuk digodam.

Kryptowire telah menghasilkan satu alat pengimbas yang dinamakan sebagai Mobile Aplication Security Testing (MAST). Alat ini membolehkan ia mengimbas kelemahan, serta isu keselamatan dan privasi.

Menurut syarikat itu, ia telah menemukan kelemahan (CVE-2022-22292) yang membolehkan penggodam untuk membuat panggilan, memasang dan membuang aplikasi dan melemahkan sekuriti HTTPS. Malah penggodam juga boleh set semula peranti tersebut.

Penggodaman ini boleh terjadi pada hampir semua peranti Samsung yang menjalankan Android 9 hingga 12. Hal ini kerana, aplikasi Phone yang sedia tepasang pada peranti tersebut itu mempunyai sistem istimewa yang membolehkan penggodam mengambil kesempatan atas isu ini.

Krytowire pertama kali menjumpai kelemahan ini pada November 2021 tahun lalu. Walau bagaimanapun, Samsung telah memperbaiki isu tersebut pada Februari tahun ini. Oleh itu, semua pengguna peranti Samsung dinasihatkan untuk mengemaskini tampalan keselamatan mereka secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Android Authority

Baca juga:

  • Google Play Protect Kini Akan Buang ‘Permission’ Pada Aplikasi Yang Tidak Digunakan
  • Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp
  • 2 Peranti Premium Samsung Ini Tidak Lagi Terima Sokongan Kemas Kini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY