Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11

Peralihan Ke Windows 11 Perlahan, Pengguna Masih Setia Dengan Windows 10

Diterbitkan April 7, 2022 oleh ariff bukhari

Microsoft telah pun mengumumkan versi terbaru sistem operasi komputer mereka iaitu Windows 11 dalam bulan Oktober tahun 2021 lalu.

Microsoft mendakwa, sejak pelancarannya sistem operasi itu telah mencatatkan peningkatan pengguna 2 kali lebih pantas berbanding Windows 10.

Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan AdDuplex setakat Januari 2022, masih terdapat 83.7% pengguna Windows masih setia dengan Windows 10 yang diperkenalkan sejak Julai 2015 dahulu.

Manakala hanya sejumlah 16.5% sahaja pengguna Windows yang menggunakan Windows 11 untuk komputer mereka.

windows 11

Dapatan itu adalah hasil kaji selidik yang dibuat ke atas sekitar 60,000 pengguna Windows 10 dan 11.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana pengguna tidak dapat menaik taraf komputer mereka kerana tidak memenuhi keperluan minimum bagi menyokong Windows 11.

Sumber: AdDuplex 

Baca juga:

  • Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11
  • Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya
  • Jadi, Bilakah Anda Boleh Mendapatkan Windows 11 Untuk Komputer Anda?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY