Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SSD 990 EVO, Storan Berprestasi Dan Jimat Tenaga Terbaru Dari Samsung

SSD 990 EVO, Storan Berprestasi Dan Jimat Tenaga Terbaru Dari Samsung

Diterbitkan Februari 7, 2024 ยท Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics Co. Ltd. hari ini mengumumkan pengeluaran model terbaru storan pantas SSD 990 EVO yang memberikan prestasi berkuasa dengan kecekapan tenaga yang lebih baik.

NVMe SSD baharu ini direka untuk meningkatkan pengalaman pengkomputeran seperti permainan, kerja dan pengeditan video/foto.

Samsung menyatakan, 990 EVO menawarkan prestasi yang dipertingkatkan sehingga 43% berbanding model sebelumnya, 970 EVO Plus.

Kelajuan membaca berurutan mampu mencapai sehingga 5,000 megabait sesaat (MB/s) dan kelajuan menulis sehingga 4,200 MB/s.

Kelajuan baca dan tulis rawak juga masing-masing mendapat rangsangan dengan sehingga 700K operasi input/output sesaat (IOPS) dan 800K IOPS.

Menyokong kedua-dua antara muka PCIe 4.0 x4 dan PCIe 5.0 x2, 990 EVO menepati keperluan untuk PC hari ini yang menyokong slot PCIe 4.0 M.2 sementara ia juga menawarkan keserasian bersama kawalan haba dan penjimatan kuasa untuk antara muka PCIe 5.0 dalam aplikasi akan datang.

990 EVO didatangkan dalam pilihan kapasiti 1 terabait (TB) dan 2TB yang akan tiba di Malaysia pada bulan hadapan.

Berkaitan

  • Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari
  • Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
  • Tak Perlu Risau Isu 'Burn-in', MSI Tawar Waranti 3 Tahun Untuk Monitor OLED

Sumber: Siaran media Samsung

Beli pelbagai produk Sasmung dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clkpaqd

Lazada: https://invol.co/clkpaqi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY