Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Singapura Akan Sekat Pengguna Android ‘Sideload’ Aplikasi

Singapura Akan Sekat Pengguna Android ‘Sideload’ Aplikasi

Diterbitkan Februari 8, 2024 ยท Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Pengguna Android di Singapura selepas ini akan disekat secara automatik daripada memasang aplikasi dari sumber yang tidak disahkan.

Ia berikutan Google mahu menawarkan ciri keselamatan baharu yang mana negara tersebut adalah pertama bakal terkesan.

Tambahan lagi, ciri ini juga adalah sebahagian daripada langkah untuk melindungi pengguna yang mana mereka berpotensi terdedah kepada serangan siber atau perisian hasad apabila memasang aplikasi menerusi permuatan sisi (sideload) atau fail APK.

Google Play Protect
Foto: Android Authority

Malah, penawaran ciri baharu itu juga dibangunkan bersama Agensi Keselamatan Siber Singapura.

Apabila fungsi keselamatan ini ditawarkan kelak melalui Google Play Protect, Google akan sekat aplikasi tersebut secara automatik sekiranya aplikasi itu meminta kebenaran mencurigakan seperti akses data SMS dan notifikasi telefon.

Kebiasaannya pun perisian hasad atau scammer sering cuba untuk memintas kata laluan sekali (one time password) dengan membaca SMS pada peranti atau mengintip kandungan telefon pengguna melalui notifikasi.

Berkaitan

  • Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • Google Sahkan Tidak Lagi 'Back Up' Internet, Ciri Cache Data Laman Sesawang Dimatikan

Sumber: CNA, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY