Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
upu kpt

Permohonan UPU Dibuka Mulai Esok, Tiada Lagi Pembelian Nombor Pin Di BSN

Diterbitkan Februari 3, 2022 · Dikemas kini Februari 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Permohonan UPU untuk kemasukan Universiti Awam (UA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan dibuka mulai jam 12 tengah hari  4 Januari hingga 31 Mac 2022 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata mereka sekali lagi akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023. Permohonan ini boleh dilakukan mulai esok melalui laman sesawang upu.mohe.gov.my.
Ini bermakna anda tidak perlu lagi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli pin UPU seperti sebelum ini namun sebaliknya terus ke laman web UPU.

Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, “Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di BSN untuk membuat permohonan UPUOnline. Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.”

Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Bagi pelajar universiti atau kolej sedia ada, anda boleh memanfaatkan e-mel pelajar dengan melanggan YouTube dan Spotify dengan harga pelajar yang lebih murah. Anda boleh bacanya di SINI untuk YouTube dan SINI untuk Spotify.
Sumber: BERNAMA
Baca juga:
  • Cara Daftar Vaksinasi Untuk Kanak-Kanak Dan Mengatasi Masalah Ketika Melakukannya
  • Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad
  • Ini Cara Dapatkan Diskaun YouTube Premium Guna E-mel Pelajar
  • Pakej Spotify Untuk Pelajar, Ini Cara Nak Langgan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY