Semakan, Permohonan Baucar Penerbangan Digital RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka

Lanjutan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif berkenaan telah bermula pada hari ini, 15 Ogos 2023.

{suggest}

Siapa yang layak?


Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut, berdasarkan alamat tetap:

  • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia

  • berasal dari Semenanjung Malaysia yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.

  • berasal dari Sabah, sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;

  • berasal dari Sarawak, sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau

  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan, sedang menuntut di Sabah atau Sarawak


Perlu diketahui, baucar digital ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) sahaja.

Semakan kelayakan


Pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman rasmi MOT melalui pautan INI.

Permohonan baucar


Pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline.

Syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell. Sekiranya harga tiket kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Tarikh akhir penebusan baucar


Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.



Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu syarikat penerbangan yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari laman web rasmi MOT.

Sumber: MOT