Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_ BERNAMA

Baucar Digital RM300 Untuk Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Mulai 15 Ogos – Loke

Diterbitkan Julai 12, 2023 ยท Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos 2023.

Berkaitan

  • Kerajaan Tidak Bercadang Untuk Tetapkan Harga Siling Tiket Penerbangan, Ini Penjelasan Anthony Loke
  • Beli Tiket Penerbangan Hanya Melalui Aplikasi Rasmi - MOT

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif itu bakal memanfaatkan 56,000 pelajar universiti awam dengan kos sebanyak RM16.8 juta.

Jelasnya, inisiatif ini akan diberikan melalui kaedah kredit di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan untuk laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, ia tertakluk kepada terma dan syarat di mana setiap pelajar mesti berasal dari Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan dan sedang menuntut di salah sebuah negeri berkenaan.

Tambahnya, baucar digital tersebut hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirlines.

Sementara itu, tarikh akhir penebusan baucar untuk penebusan tiket adalah pada 31 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY