Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beli Tiket Lawatan Ke Pusat Sains Negara Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi eTicketing PSN

Beli Tiket Lawatan Ke Pusat Sains Negara Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi eTicketing PSN

Diterbitkan Julai 25, 2023 · Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda merancang untuk melawat Pusat Sains Negara (psn), kini anda boleh membeli tiket ke PSN terus dari peranti pintar.

Sistem e-Ticketing PSN ini sudah pun tersedia pada 18 Julai 2023 bagi membolehkan pengunjung membuat pembelian tiket kemasukan dari aplikasi atau laman sesawang.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Google Play Store dan App Gallery Huawei. Untuk pengguna peranti iOS, aplikasi eTicketing PSN akan diintegrasi dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Sistem e-Ticketing PSN merupakan sistem terawal yang menggunakan platform RPP dalam agensi kerajaan.

Ia dibangunkan menggunakan gerbang pembayaran real-time payment platform (RPP) daripada syarikat Payment Network Malaysia (PayNet).

eTicketing PSN
Pelancaran Sistem e-Ticketing PSN telah pun disempurnakan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 20 Julai 2023.

Buat masa ini, perkhidmatan Sistem e-Ticketing hanya menawarkan perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja. Kaedah bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna sistem.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MOSTI: Tiket Percuma Ke PSN, Planetarium Negara Untuk Lawatan Rasmi
  • Spotify Naikkan Harga Langganan Di Beberapa Negara

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY