Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permohonan Ansuran Untuk Bayaran Baki, Tunggakan Cukai Kini Tersedia Di MyTax

Permohonan Ansuran Untuk Bayaran Baki, Tunggakan Cukai Kini Tersedia Di MyTax

Diterbitkan Mac 20, 2025 oleh Amalina Athman

Pembayar cukai kini boleh membuat permohonan ansuran bagi bayaran baki atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran di portal MyTax, bermula 5 Mac 2025.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan inisiatif itu diperkenalkan bagi memudahkan urusan permohonan ansuran baki atau tunggakan cukai. Permohonan akan diproses secara automatik tanpa memerlukan dokumen sokongan.

Menurut LHDN, antara kriteria pembayar cukai yang layak untuk memohon e-Ansuran ialah amaun permohonan melebihi RM300 serta jumlah bilangan ansuran dua hingga enam kali sahaja.

Kriteria lain melibatkan ansuran cukai pendapatan sahaja dan tidak melibatkan ansuran yang sedang berkuat kuasa.

Untuk akses perkhidmatan e-Ansuran, pembayar cukai hanya perlu log masuk ke portal MyTax menerusi pautan mytax.hasil.gov.my dan memilih peranan yang berkaitan (Individu/Pengarah/Wakil Pengarah).

Sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat LHDN.

Berkaitan

  • LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Guna Portal MyTax
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Halaman Pembayaran Dalam Talian Maybank2u Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
  • Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay - Ini Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY