Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Dan Web Maybank2U Kini Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Halaman Pembayaran Dalam Talian Maybank2u Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Diterbitkan Mac 19, 2025 ยท Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan bahawa halaman pembayaran dalam talian Maybank2u melalui FPX bakal berwajah baharu, bermula 31 Mac 2025.

Menurut Maybank, perubahan ini selari dengan peralihan secara berperingkat FPX (Financial Process Exchange) kepada DuitNow Online Banking/Wallet (DOBW), iaitu perkhidmatan pembayaran terkini yang diperkenalkan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet).

Sebagai rujukan, DOBW merupakan alternatif pembayaran yang lebih selamat. Pengguna akan dialihkan ke platform perbankan dalam talian atau aplikasi eDompet pilihan, seperti Maybank2u, untuk menyelesaikan transaksi.

Apa maknanya?

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pengguna mungkin akan melihat salah satu daripada dua antara muka semasa membuat pembayaran melalui Maybank2u menggunakan perbankan dalam talian.

Halaman Pembayaran Dalam Talian Maybank2u Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
Halaman yang menggunakan FPX sedia ada
Halaman Pembayaran Dalam Talian Maybank2u Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
Halaman yang menggunakan DOBW baharu

Namun, selain perubahan pada halaman log masuk, proses pembayaran yang lain kekal sama.

Maybank turut mengingatkan bahawa laman web rasmi M2U akan memaparkan imej dan frasa keselamatan sebelum meminta kata laluan. Oleh itu, pengguna disarankan untuk berwaspada terhadap laman web perbankan palsu serta mengenal pasti tanda-tanda penipuan dalam talian bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Untuk butiran lanjut, layari laman FAQ Maybank.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Maybank Beri Amaran, Hati-Hati Jika Terima E-mel Daripada "Pihak Maybank2u"
  • Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac
  • Transaksi Dalam Talian Kad Maybank Kini Sepenuhnya Guna Pengesahan Secure2u

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY