Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Memori Dijangka Terus Kekurangan Bekalan Sehingga 10 Tahun – Pengerusi ADATA

Permintaan Cip Memori Melonjak Luar Biasa, Ganggu Ekosistem Semikonduktor Global

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh ariff bukhari

Industri semikonduktor kini berada di titik perubahan besar apabila pembangunan infrastruktur AI melonjakkan permintaan cip memori ke tahap luar biasa.

Menurut laporan analisis oleh Statistik Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS), hasil global cip memori dijangka meningkat 250% kepada USD804 bilion pada 2026, dan bakal melepasi USD1 trilion menjelang 2027.

Perkembangan ini menjadikan cip memori sebagai komponen utama dalam pasaran semikonduktor, dengan bahagian pasaran dijangka melonjak daripada kurang 20% pada 2023 kepada 55% pada 2027.

Permintaan Cip Memori Melonjak Luar Biasa, Ganggu Ekosistem Semikonduktor Global
Bagi tahun 2027, WSTS meramalkan pasaran semikonduktor global akan berkembang lagi sebanyak 27 peratus, mencecah kira-kira USD 1.9 trilion.

Permintaan tinggi ini didorong oleh kepesatan kewujudan pusat data AI yang memerlukan kapasiti dan kelajuan memori luar biasa.

Syarikat teknologi gergasi sanggup membayar premium untuk mendapatkan memori berjalur lebar tinggi, manakala pengeluar elektronik pengguna berdepan cabaran kekurangan bekalan serta kos meningkat.

Keadaan ini sekali gus menekan ekosistem semikonduktor global.

 

“Pasaran memori berada pada titik perubahan yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan permintaan jauh mengatasi penawaran. Perkembangan infrastruktur dan beban kerja AI yang pesat memberi tekanan yang ketara kepada ekosistem memori.” kata Jeff Janukowicz, Naib Presiden penyelidikan untuk semikonduktor di IDC,

Cip memori bukan lagi sekadar komponen tambahan, tetapi kini menjadi nadi utama kepada era AI.

Masa depan semikonduktor jelas akan ditentukan oleh sejauh mana industri mampu memenuhi permintaan memori yang semakin mendesak.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Gaji Lebih Tinggi, Pekerja Mahir Bina Rumah Di AS Lari Bina Pusat Data
  • Elon Musk Pertahan Pusat Data AI, Bidas Peraturan EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY