Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gaji Lebih Tinggi, Pekerja Mahir Bina Rumah Di AS Lari Bina Pusat Data

Gaji Lebih Tinggi, Pekerja Mahir Bina Rumah Di AS Lari Bina Pusat Data

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

Perkembangan pesat pusat data berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Amerika Syarikat kini mencetuskan cabaran baharu terhadap pasaran perumahan.

Ia ekoran keterujaan terhadap teknologi ini dilaporkan telah menarik ramai pekerja mahir daripada sektor pembinaan rumah, sekali gus memburukkan lagi krisis kekurangan rumah mampu milik.

Keadaan ini  turut didorong oleh tawaran pendapatan yang sangat menarik apabila Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, menonjolkan bahawa pekerja pertukangan yang membina pusat data berpeluang meraih pendapatan mencecah enam angka tanpa memerlukan ijazah tinggi.

Malah, gergasi teknologi seperti Meta, Amazon, dan Google sanggup menawarkan kenaikan gaji antara 25% hingga 30% demi menarik buruh binaan mahir.

Kesannya, peralihan ini memberi impak berat kepada industri perumahan. 

Menurut Ed Brady daripada Home Builders Institute, industri pertukangan mahir sememangnya sudah mengalami kekurangan sekitar 300,000 pekerja, dengan kadar nisbah lima pekerja bersara bagi setiap dua tenaga kerja baharu yang masuk. 

Persaingan daripada pembinaan pesat pusat data menjadikan keadaan ini semakin kritikal.

 

“Masalah ini akan menjadi semakin membesar dan meruncing kepada industri perumahan disebabkan oleh pembinaan pusat data, dan kami tidak melaburkan wang yang mencukupi untuk melatih generasi buruh mahir masa hadapan,” kata Brady.

Berkaitan

  • Pusat Data AS Paling Tinggi Catat Penggunaan Tenaga Global
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • 20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY