Kini, permainan tersebut telah dilancarkan sebagai permainan luar talian bagi pelayar Edge. Perkara tersebut diumumkan oleh Pengurus Produk Microsoft Edge, William Devereux, melalui satu kiriman di Twitter.
[embed]https://twitter.com/MasterDevwi/status/1232737350205104128[/embed]
Permainan ini adalah jauh lebih menarik berbanding yang ditawarkan oleh Chrome. Daripada permainan berlari yang tidak berkesudahan seperti Chrome Dino, Surf menawarkan permainan meluncur melalui laut yang penuh halangan.
Terdapat tiga mod yang tersedia untuk permainan ini, termasuk Let's Surf, meluncur tanpa henti untuk mendapatkan skor tertinggi. Seterusnya mod Time Trial, yang mencabar anda untuk ke garisan penamat secepat mungkin, dan Zig Zag, yang memaksa anda melalui pintu gerbang selama mungkin.
Selain itu, permainan ini menyokong beberapa kaedah input yang berbeza. Ia boleh dimainkan menggunakan sentuhan, papan kekunci , tetikus, dan juga game pad.
Microsoft telah menambah permainan ini ke Edge Canary /Dev di pelayar hari ini, dan akan mula tersedia bagi versi stabil tidak lama lagi. Selain dapat dimainkan ketika tiada sambungan internet, permainan ini juga boleh diakses melalui edge://surf/.
Sumber: The Verge, 9to5Google
Berkaitan
- Aplikasi Facebook Dilaporkan Hadapi Masalah Log Keluar Secara Automatik
- Proton Lancar Laman Web Untuk Pembelian Kereta Terpakai
- Kerana Covid-19, Aplikasi Ini Menjadi Popular Dengan Lebih 50 Juta Muat Turun
- Sarawak Guna Kaedah Digital Untuk Sambutan Acara Peringkat Negeri
- Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos
- Touch 'n Go Diarah Ambil Enam Tindakan Ini Dengan Segera
- Insiden Pekerja Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan, MCMC Beri Amaran Keras
- Mi 11 Pro Dilancarkan - Dilengkapi Sensor ISOCELL GN2 50MP, Ketahanan IP68
- MCMC: Hati-Hati Dengan Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun WhatsApp
- OnePlus Ace 2 Pro Sah Hadir Dengan RAM 24GB