Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC

Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC

Diterbitkan Oktober 20, 2026 oleh ariff bukhari

Lebih sedekad selepas dilancarkan sebagai permainan eksklusif di PlayStation 4, Driveclub akhirnya boleh dimainkan di PC.

Ia berkat hasil usaha komuniti modding yang berjaya membawa permainan perlumbaan popular itu ke platform Windows.

Projek yang dikenali sebagai DriveClub Recomp itu membolehkan kod asal permainan dimainkan terus pada PC tanpa memerlukan emulasi CPU.

Sebaliknya, pembangun komuniti menghasilkan semula perpustakaan sistem PS4 dan menterjemahkan arahan grafik kepada API Vulkan yang lebih serasi dengan perkakasan moden.

Antara ciri yang ditawarkan termasuk sokongan resolusi tinggi sehingga 8K, kadar bingkai (FPS) tanpa had, paparan ultralebar, kawalan papan kekunci serta pengawal permainan, dan juga sokongan mod.

Pemian turut boleh mengakses kandungan DLC dengan syarat memiliki fail permainan asal secara sah.

Selain itu, ia turut menyokong teknologi grafik moden seperti NVIDIA DLAA dan AMD FSR 3.1 Native AA yang membantu meningkatkan kualiti visual serta mengurangkan kesan aliasing.

Dari segi prestasi, ujian menunjukkan permainan ini mampu mencapai sekitar 60 FPS pada resolusi 4K menggunakan kad grafik RTX 5070 Ti dan pemproses Ryzen 7 5800X3D.

Kemas kini terkini juga dilaporkan memberikan peningkatan prestasi sekitar 15 peratus.

Anda boleh menonton saluran YouTube Testing Games yang telah memaparkan angka prestasi yang mengagumkan menggunakan binaan PC tidak rasmi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY