Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux

Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux

Diterbitkan Oktober 16, 2026 · Dikemas kini Oktober 16, 2026 oleh ariff bukhari

Epic Games kini memperkenalkan versi pratonton bagi Epic Games Launcher yang dibina semula sepenuhnya.

Memfokuskan prestasi dan pengalaman pengguna, pelancaran ini hadir selepas ramai pemain sebelum ini mengkritik launcher tersebut kerana prestasi yang perlahan dan penggunaan sumber sistem yang tinggi.

Menurut Epic Games, versi baharu ini mampu memuatkan pustaka permainan sehingga 30 kali lebih pantas berbanding versi terdahulu.

Selain itu, masa permulaan aplikasi juga dua kali lebih cepat, menjadikan proses mengakses permainan lebih lancar dan responsif.

Epic Games Umum Pelancar Baharu, 30x Lebih Pantas Dan Sokong Linux

Epic turut mendakwa launcher ini mempunyai saiz yang lebih kecil, sekitar 300MB sahaja, sekali gus membolehkan ia berjalan dengan lebih baik pada pelbagai konfigurasi PC.

Buat masa ini, versi pratonton tersebut merangkumi beberapa komponen utama seperti Epic Games Store, pustaka permainan, panel sosial dan halaman pembangun Unreal Engine.

Walaupun masih di peringkat awal pembangunan, Epic merancang untuk menambah lebih banyak ciri pada masa akan datang.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk pilihan penyesuaian navigasi yang lebih fleksibel, sistem penapisan pustaka yang lebih baik serta pengalaman pengguna yang lebih kemas.

Menariknya, Epic juga mengesahkan sokongan Linux untuk launcher baharu ini dan merancang membawa Fortnite ke platform tersebut pada masa depan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,599
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
©2026 WISER.MY