Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Intel Ini Bantu Anda Bangunkan Ejen AI Sendiri Secara Percuma

Perisian Intel Ini Bantu Anda Bangunkan Ejen AI Sendiri Secara Percuma

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan di CES 2025 Januari lalu, Intel® AI Assistant Builder atau juga dikenali sebagai SuperBuilder kini tersedia kepada umum dalam versi beta di GitHub untuk digunakan secara percuma.

Ini bermakna, sesiapa sahaja yang memiliki PC dipacu dengan pemproses siri Intel® Core™ Ultra.

Perisian ini memudahkan pembangunan ejen AI khusus yang berjalan secara tempatan di PC pengguna.

Perisian Intel Ini Bantu Anda Bangunkan Ejen AI Sendiri Secara Percuma

Berbanding penyelesaian AI generik, perisian pembina ini membolehkan penyesuaian mengikut keperluan serta menyokong model bahasa terkini dan penalaan parameter.

Ia juga dibangunkan untuk mengurangkan kerumitan pembangunan AI.

Intel mengumumkan kerjasama dengan pengeluar PC seperti ASUS dan Acer untuk memperkenalkan pembangun alat AI berasaskan teknologi ini.

Perisian Intel Ini Bantu Anda Bangunkan Ejen AI Sendiri Secara Percuma
Selain itu, keperluan minimum untuk menjalankan Intel® AI Assistant Builder di PC anda termasuklah menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11 versi 23H2 atau yang lebih baru.

Intel memaklumkan, ASUS akan melancarkan kit pembangun AI menjelang separuh kedua 2025, manakala Acer menyasarkan sektor pendidikan dan kerajaan melalui integrasi AI Assistant Builder.

Untuk versi akan datang, AI Assistant Builder akan membolehkan sambungan kepada kluster pelayan yang akan membolehkan pengagihan beban kerja antara PC dan kluster berdasarkan kerumitan tugas.

Intel® AI Assistant Builder boleh dimuat turun dari pautan GitHub – intel/intel-ai-assistant-builder: Intel® AI Assistant Builder secara percuma.

Untuk info lanjut, layari laman Intel AI Assistant Builder.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • 5G Di Luar Laju, Tapi Perlahan Dalam Bangunan, Ini Sebabnya
  • Superkomputer AI Terbaharu Taiwan Guna Lebih 1,700 GPU NVIDIA

Sumber: Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY