Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perintah Kawalan Pergerakan – Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Perintah Kawalan Pergerakan – Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Diterbitkan Mac 23, 2020 oleh Amalina Athman

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh syarikat telco dalam menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara inisiatif tersebut termasuk memberikan akses internet percuma, dimana Digi turut tidak ketinggalan memberikan akses data dan panggilan percuma kepada pelanggannya. Berikut merupakan akses yang ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar Digi.

Digi Prepaid dan Digi Prepaid Broadband

Perintah Kawalan Pergerakan – Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Dengan tambah nilaiĀ  melalui aplikasi MyDigi, pelanggan Digi Prepaid dan Digi Prepaid Broadband akan menerima internet dan panggilan percuma seperti imej diatas. Bagi tambah nilai dari RM10 dan RM15, pelanggan akan menerima 300MB data internet dan 5 minit masa panggilan secara percuma dengan tempoh sah 3 hari.

Manakala untuk tambah nilai RM30 dan ke atas, pelanggan akan menerima akses data internet 1GB dan 15 minit masa panggilan dengan tempoh sah 7 hari.

Digi Postpaid dan Digi Postpaid Broadband

Perintah Kawalan Pergerakan – Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Selain menawarkan akses internet percuma kepada pelanggan prabayar, Digi turut memberikan akses data internet 1GB setiap hari kepada pelanggan Digi Postpaid dan Digi Broadband Postpaid. Data internet kelajuan tinggi ini boleh digunakan setiap hari bermula 8 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Untuk menebus data internet percuma, pergi pada pautan ini dengan menggunakan peranti mudah alih anda dan tekan ‘Get’ untuk muat turun tawaran tersebut. Kemudian, aktifkan tawaran tersebut dan anda akan menerima data internet 1GB secara harian dalam tempoh 14 hari.

Perintah Kawalan Pergerakan – Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Terdahulu, sebagai langkah menyokong usaha kerajaan dalam tempoh PKP, Digi memberi peringatan kepada pelanggannya dengan memaparkan teks “Digi-Stay Home” di bahagian status selular.

Sumber: Digi Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY