Perintah Kawalan Pergerakan - Digi Tawarkan Akses Data Dan Panggilan Percuma

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh syarikat telco dalam menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara inisiatif tersebut termasuk memberikan akses internet percuma, dimana Digi turut tidak ketinggalan memberikan akses data dan panggilan percuma kepada pelanggannya. Berikut merupakan akses yang ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar Digi.

Digi Prepaid dan Digi Prepaid Broadband




Dengan tambah nilaiĀ  melalui aplikasi MyDigi, pelanggan Digi Prepaid dan Digi Prepaid Broadband akan menerima internet dan panggilan percuma seperti imej diatas. Bagi tambah nilai dari RM10 dan RM15, pelanggan akan menerima 300MB data internet dan 5 minit masa panggilan secara percuma dengan tempoh sah 3 hari.

Manakala untuk tambah nilai RM30 dan ke atas, pelanggan akan menerima akses data internet 1GB dan 15 minit masa panggilan dengan tempoh sah 7 hari.

Digi Postpaid dan Digi Postpaid Broadband



Selain menawarkan akses internet percuma kepada pelanggan prabayar, Digi turut memberikan akses data internet 1GB setiap hari kepada pelanggan Digi Postpaid dan Digi Broadband Postpaid. Data internet kelajuan tinggi ini boleh digunakan setiap hari bermula 8 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Untuk menebus data internet percuma, pergi pada pautan ini dengan menggunakan peranti mudah alih anda dan tekan 'Get' untuk muat turun tawaran tersebut. Kemudian, aktifkan tawaran tersebut dan anda akan menerima data internet 1GB secara harian dalam tempoh 14 hari.



Terdahulu, sebagai langkah menyokong usaha kerajaan dalam tempoh PKP, Digi memberi peringatan kepada pelanggannya dengan memaparkan teks "Digi-Stay Home" di bahagian status selular.

Sumber: Digi Community