Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 9

Peranti Yang Dikatakan iPhone 9 Kini Hampir Pasti Menggunakan Semula Nama iPhone SE

Diterbitkan April 4, 2020 oleh Amalina Athman

Senarai produk bagi pelindung skrin Belkin pada kedai jualan Apple dalam talian telah dikemas kini dimana ia menunjukkan penawaran bukan sahaja untuk iPhone 7 dan iPhone 8, tetapi juga iPhone SE. Seperti yang diketahui, iPhone SE yang dikeluarkan pada tahun 2016 adalah peranti dengan saiz 4 inci, manakala iPhone 7 dan iPhone 8 adalah peranti 4.7 inci.

Ini memberi petunjuk bahawa, Apple mungkin menggunakan kembali nama iPhone SE namun dengan spesifikasi yang lebih baik pada tahun 2020.

iPhone 9

Senarai produk tersebut tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai peranti, namun ia mungkin menyangkal dakwaan sebelum ini yang menyatakan ia hadir dengan nama iPhone SE 2 atau iPhone 9. Bagaimanapun, dengan kehadiran pelindung skrin ini, ia menyokong khabar angin yang menyatakan peranti ini didatangkan dengan paparan skrin 4.7 inci.

Selain itu, ia turut dijangka akan dijana dengan cip A13 Bionic yang digunakan pada iPhone 11, 3GB RAM, dan pilihan storan 64GB hingga 256GB. Bagi harga, ia dikatakan bakal dijual sekitar $399 (~RM1,700) di Amerika Syarikat.

Terdahulu, ura-ura mengatakan peranti ini bakal dilancarkan lebih awal, “as soon as tomorrow”.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY