Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s21 ultra

Peranti Terbaharu Samsung Akan Ada Kemas Kini Android Selama 4 Tahun

Diterbitkan Februari 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Samsung kini sudah bersiap sedia untuk melancarkan peranti terbaharu mereka semasa acara Galaxy Unpacked yang bakal berlangsung pada esok hari.

Terbaru, berita baik buat peminat peranti Samsung kerana maklumat baharu yang telah didedahkan memperlihatkan Samsung bakal menawarkan kemas kini sistem operasi Android selama 4 tahun.

Bermakna, peranti terbaharu Samsung esok yang akan menjalankan Android 12 bakal menerima kemas kini sehingga Android 16.

Selain itu, jika terdahulu Samsung akan menawarkan kemas kini keselamatan selama 4 tahun, peranti baharu itu nanti bakal mempunyai kemas kini keselamatan sehingga 5 tahun.

Tidak terhad kepada peranti terbaharu, kemas kini tersebut juga digunapakai untuk siri Galaxy S21 dan telefon boleh lipat Z Fold3 serta Z Flip3.

Bagi ada yang tertanya-tanya, esok, Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S22 bersama-sama siri tablet siri Galaxy Tab S8.

Oleh itu, sama-sama kita nanti 10 Februari jam 12 tengah malam untuk pelancaran kesemua peranti baharu Samsung ini.

Sumber: sammobile, reddit

Baca juga:

  • Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

  • Samsung Perlihatkan S Pen Pada Video Acah Untuk Acara Galaxy Unpacked

  • Prestasi Snapdragon 8 Gen 1 Dan Exynos 2200 Hampir Setara Pada Samsung Galaxy S22 Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY