Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Diterbitkan Februari 7, 2022 · Dikemas kini Februari 7, 2022 oleh Meor Hasyim

Siri Samsung Galaxy S22 bakal dilancarkan pada 9 Februari nanti.

Dengan tarikh pelancaran semakin hampir, Samsung kini mula memperlihatkan maklumat mengenai siri telefon itu sedikit demi sedikit.

Menerusi laman rasmi Samsung, mereka kini mendedahkan bahawa siri Galaxy S22 akan menggunakan bahan plastik baharu iaitu jala ikan yang dikitar semula.

Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Menurut Samsung, ia bertujuan sebagai langkah Galaxy for the Planet yakni pemeliharaan serta meminimumkan jejak alam sekitar.

Langkah Galaxy for the Planet ini dimulakan dengan siri Galaxy S22 terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada model-model telefon yang lain.

Walaupun penggunaan bahan plastik kitar semula itu adalah pasti, apa yang masih menjadi pertanyaan adalah komponen manakah yang akan menggunakan bahan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, seperti biasa boleh nantikan pelancarannya pada 9 Februari kelak.

Sumber: Samsung

Baca juga:

  • Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan ‘Dihempaskan’ Ke Lautan Pasifik Pada 2031
  • Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini
  • Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY