Peranti Pengesan Kanser Kulit Memenangi Anugerah Antarbangsa James Dyson 2017

Satu alat berteknologi tinggi berpotensi untuk mengesan melanoma, sejenis kanser kulit telah memenangi anugerah antarabangsa James Dyson 2017. Alat pengesan ini dihasilkan dari 4 pelajar kejuruteraan dari Universiti McMaster di Kanada.

Alat yang diberi nama sKan, mengesan melanoma dengan cepat dengan kos yang rendah menggunakan sensor haba bagi mengukur suhu di sesetengah kawasan kulit. Kemenangan anugerah tersebut disebabkan potensi alat itu yang dapat menyelamatkan banyak nyawa selain dapat meningkatkan kadar diagnosis pada peringkat awal.

Alat itu berfungsi dengan meletakkannya di atas kulit. Selepas itu, alat tersebut akan mengenakan suhu yang rendah kepada kawasan tersebut mengakibatkan kejutan haba berlaku. Kemudian, masa diambil bagi melihat berapa lama suhu kulit kembali normal. Lagi cepat suhu kembali normal, berkemungkinan kawasan kulit tersebut mengandungi melanoma kerana sel kanser memeperoleh haba lebih cepat dari sel kulit biasa.

Lebih dari 200,000 kes melanoma dilaporkan di seluruh dunia pada setiap tahun dengan 90% kes kanser kulti dapat diubati jika dikesan pada peringkat awal. Kebanyakkan kes kanser kulit berlaku apabila kulti terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang berlebihan.

Kemenangan anugerah tersebut menguatkan semangat 4 pelajar tersebut untuk memperkemaskan rekaan mereka sebelum menghasilkan prototaip untuk digunakan dalam ujian klinikal pada masa akan datang.

Sumber: AFP Relaxnews