Sebelum ini Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan kembali telefon pintar yang boleh dilipat yang diberi nama Galaxy X. Pada CES 2018 yang lepas, Samsung telah mempertontonkan peranti ini dalam sidang yang tertutup.
Samsung berbuat perkara yang sama tahun lepas di dalam CES 2017 tetapi kali ini, peranti yang dipersembahkan lebih lengkap dan dikatakan Samsung akan melancarkan peranti ini pada tahun 2019.
Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan mengenai Galaxy X ini terutamanya mekanisma lipatannya. Samsung dikatakan mempunyai dua cara lipatan untuk Galaxy X mereka. Cara pertama adalah lipatan biasa yang kita pernah lihat dalam peranti telefon lama yang pernah popular satu ketika dahulu
Satu lagi cara adalah dengan kedudukan skrin paparan berada di bahagian luar. Kedudukan skrin paparan di luar mengundang spekulasi bagaimana Samsung akan menguatkan peranti tersebut terutamanya bahagian lipatan skrin yang boleh terdedah dengan bahaya hentakan. Samsung juga sedang membuat panel skrin paparan yang boleh bertahan dalam proses 200,000 lipatan.
Apapun kita akan tunggu dan lihat adakah rekaan telefon pintar lipat sebegini akan mendapat hati pengguna atau hanya sekadar variasi dalam pemilihan telefon pintar.
Gambar: LetsGoDigital