Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perancis Perkenal Keselamatan Kuantum Untuk Rangkaian 5G Pertama Di Dunia

Perancis Perkenal Keselamatan Kuantum Untuk Rangkaian 5G Pertama Di Dunia

Diterbitkan Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

Thales, syarikat global dalam teknologi sektor Pertahanan, Aeroangkasa dan Siber & Digital yang berpangkalan di Perancis, mencatat sejarah apabila memperkenalkan keselamatan kuantum untuk rangkaian 5G.

Sekali gus menjadikannya syarikat pertama di dunia yang berjaya melaksanakan perlindungan pasca-kuantum (PQC).

Inovasi ini membolehkan kad SIM dan eSIM sedia ada dinaik taraf secara jauh tanpa menjejaskan perkhidmatan pengguna.

Pendekatan ini menekankan konsep crypto agility, iaitu keupayaan menyesuaikan perlindungan keselamatan mengikut ancaman baharu tanpa perlu menggantikan jutaan peranti.

Proses naik taraf berlaku secara latar belakang, memastikan data dan sambungan kekal terpelihara sambil meningkatkan tahap keselamatan serta-merta.

Langkah ini memberi jaminan kepada pengendali telekomunikasi bahawa pelaburan mereka kekal relevan dan tahan lama walaupun teknologi kuantum semakin berkembang.

Thales menyifatkan pencapaian ini sebagai salah satu langkah penting bagi industri telekomunikasi global dalam mendepani teknologi masa depan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Vietnam Kuat Kuasakan Undang-Undang AI Pertama Di Asia Tenggara
  • iQOO 15R Dengan Snapdragon 8 Gen 5 Dan Bateri 7600mAh Dijual Pada Harga Bermula RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY