Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perancis Lancar Kubah Pertahanan Udara Dipacu AI

Perancis Lancar Kubah Pertahanan Udara Dipacu AI

Diterbitkan Mac 11, 2026 ยท Dikemas kini Mac 11, 2026 oleh ariff bukhari

Thales, syarikat global dalam teknologi sektor Pertahanan, Aeroangkasa dan Siber & Digital yang berpangkalan di Perancis hari ini memperkenalkan SkyDefender, sebuah sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu (IAMD) generasi baharu.

Direka dengan seni bina modular dan terbuka, ia mampu digabungkan dengan sistem sedia ada serta beroperasi merentasi darat, laut dan angkasa.

SkyDefender lebih pintar apabila ia menggunakan kecerdasan buatan (AI) cortAIx dan kepakaran siber Thales untuk memberi perlindungan proaktif terhadap ancaman yang semakin kompleks.

Perancis Lancar Kubah Pertahanan Udara Dipacu AI
Emmanuel Chiva (Wakil Jeneral untuk Persenjataan) dan Patrice Caine (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Thales) di acara Sidang Kemuncak Tindakan AI 2025.

Thales menyatakan, SkyDefender dilengkapi dengan sistem pertahanan berlapis menyediakan perlindungan penuh terhadap semua jenis ancaman udara, dari jarak dekat beberapa kilometer hinggalah mampu mengesan ancaman sejauh 5,000 km.

Pengurusan keseluruhan sistem pertahanan ini dikendalikan dengan sistem SkyView, yang serasi dengan NATO dan rakan sekutu.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Perancis Perkenal Keselamatan Kuantum Untuk Rangkaian 5G Pertama Di Dunia
  • Akses Kepada Imej Satelit Timur Tengah Kini Disekat Sehingga 2 Minggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY