Selepas Semenanjung, kini giliran Sabah dan Sarawak pula merasai siaran TV digital.
Bermula dari kejayaan peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview di Pulau Langkawi, Kedah pada 21 Julai 2019, Wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September 2019 serta Wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober 2019 lalu, kini giliran rakyat di negeri Sabah dan Sarawak pula melalui peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview.
Proses peralihan itu akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019 ini.
Peralihan ini akan melibatkan liputan siaran TV analog di semua daerah di dalam negeri Sabah dan Sarawak yang sekaligus menjadi penanda tamatnya siaran TV analog di seluruh Malaysia yang telah bersiaran selama 56 tahun dan bermulanya era siaran TV digital sepenuhnya di seluruh Malaysia.
Rakyat di Sabah dan Sarawak akan bersama dapat merasai kelebihan siaran TV digital menerusi kualiti paparan serta kualiti bunyi yang lebih baik bagi definisi Standard (SD) serta definisi tinggi (HD). Malah akan terdapat pelbagai fungsi menarik seperti panduan program elektronik dan sarikata pelbagai bahasa.
Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan menerima dekoder percuma melalui laman sesawang MYTV http://www.mytvbroadcasting.my/B40 atau menerusi semakan SMS: Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>No. IC dan hantar ke 15888 atau pun menerusi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.
Sekiranya terdapat persoalan mengenai peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview, sila rujuk kepada laman sesawang https://myfreeview.tv/ atau menghubungi Pusat Pusat Khidmat Pelanggan melalui talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.
Berkaitan
- Lazada Malaysia Bersedia Dengan Penguatkuasaan Cukai Digital
- Astro Bertindak Ke Atas Penjual Kotak TV Android Dengan Kandungan Astro Tidak Sah
- Kaspersky Mendakwa Berlaku Penyebaran Perisian Hasad Yang Menyamar Sebagai Buku Teks Dan Esei Digital Dikalangan Pelajar
- Pastikan Anda Beli Kotak TV Android Yang Diperakui, Bukan Menggunakan Sumber Terbuka
- Muat Turun Sekarang Kemas Kini Terbaru iOS, iPadOS, macOS, watchOS Dan tvOS
- Televisyen Xiaomi Mi Full Screen TV Pro Hanya Berharga Dari ~RM880
- Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka kepada Orang Ramai
- CelcomDigi fiber Dan Oyen Bersama Melindungi Pengguna Dengan Servis Digital Trust Baharu
- INTERPOL Iktiraf Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia
- Lelaki Ini Menghasilkan Karya Lukisan Digital Menggunakan Microsoft Excel