Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CyberSecurity Malaysia

INTERPOL Iktiraf Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia

Diterbitkan November 7, 2023 · Dikemas kini November 7, 2023 oleh ariff bukhari

CyberSecurity Malaysia melonjakkan nama negara ke peringkat antarabangsa selepas Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia yang diketuai oleh Sarah Khadijah Taylor telah diperakui oleh INTERPOL sebagai penyumbang utama kepada pembangunan INTERPOL Guidelines for Seizing Virtual Asset.

Garis panduan ini dibangunkan sebagai salah satu usaha bagi membanteras jenayah siber melibatkan aset maya yang semakin berleluasa.

Garis Panduan INTERPOL itu menyediakan kaedah komprehensif bagi melaksanakan penyiasatan aset maya, termasuklah mata wang kripto kepada pegawai penyiasat dan pakar perundangan daripada 194 negara anggotanya.

Garis panduan tersebut telah pun dilancarkan pada Persidangan Penguatkuasaan Undang-undang Forum Teknologi Baharu INTERPOL ke-2, yang dirasmikan oleh Menteri Kehakiman Negeri Bavaria pada 12 Oktober 2023 di Nuremberg, Jerman.

“Pencapaian ini amat membanggakan. Perakuan oleh pihak INTERPOL merupakan pengiktirafan terhadap kecekapan pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia. Keupayaan pakar berkenaan terbukti berjaya menghasilkan penyelesaian yang inovatif dalam usaha menangani serta membanteras ancaman dan jenayah siber di Malaysia. Pengiktirafan ini juga melonjakkan nama negara ke persada dunia teknologi digital yang kian mencabar pada masa ini”. Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

Berkaitan

  • POCO C65 Boleh Dibeli Serendah RM449 Sahaja
  • Struktur Cukai Jalan EV Akan Diumum Bulan Depan
  • Hukum Terima Hadiah Dari 'Live' NPC Di TikTok

Sumber: Siaran media CyberSecurity Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY