Beliau berusia 80 tahun.
Bagi sebahagian dari kita, perisan Microsoft Excel adalah antara perisian komputer yang paling memeningkan kepala.
Malah yang menggunakannya pula biasanya adalah bagi membuat kiraan dan jadual. Tidak pula menjadikan MS Excel itu sebagai platfom untuk menghasilkan karya lukisan.
Tetapi tidak pada seorang lelaki yang bernama Tatsuo Horiuchi dari Jepun di mana beliau menghasilkan karya lukisan digitalnya dengan menggunakan MS Excel sepenuhnya.
Malah beliau menyatakan bahawa MS Excel amat mudah digunakan berbanding perisian komputer lain kerana ia lebih banyak fungsi dan fleksibel.
Ya, ia tidak mengejutkan kerana kenyataan itu datang dari lelaki yang berumur 80 tahun.

Walaubagaimanapun, kemahiran beliau menggunakan MS Excel bagi menghasilkan lukisan digitalnya tidaklah pula datang dengan sendirinya.
Sebaliknya beliau berlatih melukis menerusi perisian tersebut beberapa tahun secara sendiri selepas pencen dari kerja.
“For the first 3 years, I concentrated on ‘drawing’ and drew all the things that could be seen, such as vegetables such as carrots and Japanese radish, and wild grass, in Excel. For the next 3 years, I practiced combining the motifs one by one to construct a painting.” Tatsuo Horiuchi

Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi tempat pertama dalam pertandingan Excel Authoshape Art Contest.
Berminat melihat lebih banyak hasil karya beliau? Anda boleh melayari laman sesawang rasmi milik beliau di Pasokonga.

Sumber: Boredpanda