Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Box

Pastikan Anda Beli Kotak TV Android Yang Diperakui, Bukan Menggunakan Sumber Terbuka

Diterbitkan Mei 29, 2023 · Dikemas kini Mei 30, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini pernah dilaporkan tentang kewujudan peranti “Android TV box” yang terjual di pasaran didapati mengandungi perisian hasad.

Masih ada pengguna yang masih keliru dengan Android TV box kerana ia tidak sama dengan Android TV OS.

Ini kerana, Android TV box menjalankan AOSP (Android Open Source Project).

Menerusi hantaran di laman sokongan rasmi Android TV Help, Google memaklumkan bahawa mereka menyedari tentang perkara ini.

“Kami menerima soalan mengenai kotak TV yang dibina dengan Projek Sumber Terbuka Android dan sedang dipasarkan yang muncul sebagai peranti Android TV OS.”

“Sesetengah darinya juga mungkin disertakan dengan aplikasi Google dan Play Store yang tidak dilesenkan oleh Google, yang bermaksud bahawa peranti ini tidak diperakui Play Protect.” Google.

Google memberitahu, peranti yang diperakui Play Protect akan tersedia didatangkan dengan aplikasi yang dilesenkan dari Google dan melepasi ujian keserasian Android.

Sebaliknya, peranti yang tidak diperakui Play Protect mungkin tidak selamat kerana ia mungkin tidak menerima kemas kini untuk aplikasi dan sistem Android.

Anda boleh menyemak peranti kotak TV Android anda diperakui Play Protect atau tidak dengan ikuti langkah berikut:-

  1. Buka aplikasi Google Play Store 
  2. Di bahagian atas kanan, tap pada profail ikon
  3. Tap Play Protect
  4. Di bawah Play Protect certification, anda boleh tahu sama ada peranti TV anda diperakui Play Protect ataupun tidak.

Berkaitan

  • Peranti TV Android Ini Didapati Turut Mengandungi Perisian Hasad
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Muat Turun 'Ultimate Edition' Permainan Berharga RM59.99 Secara Percuma Sebelum 1 Jun
  • Anda Patut Segera Aktifkan Ciri Keselamatan Terbaru iPhone Ini

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY