Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PIDL 3

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka kepada Orang Ramai

Diterbitkan Mei 26, 2022 · Dikemas kini Mei 26, 2022 oleh ariff bukhari

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang (PIDL) secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai bermula 26 Mei 2022.

Ia merupakan perpustakaan digital kedua yang dibangunkan oleh kerajaan negeri itu selepas melancarkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) dalam bulan Oktober 2016 dahulu.

PIDL ditubuhkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan perpustakaan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB),  institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

PIDL telah mendapat peruntukan pembangunan berjumlah RM5 juta dari Kerajaan Pulau Pinang.

PIDL 2
Ruang bacaan di PIDL yang selesa. Kredit: PIDL

Orang ramai boleh membaca lebih daripada 1,500 bahan bacaan Islamik secara digital di PIDL dalam pelbagai bidang pengajian seperti Pengajian Islam, Bidang Pengurusan, Kewangan Islam dan Keusahawanan, koleksi Pengurusan Halal, Teknologi Maklumat dan Pengaturcaraan, Pengurusan & Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, serta bahan bacaan santai untuk pelbagai peringkat umur.

Anda boleh layari PIDL di laman rasminya, https://pidl.elib.com.my/. Anda juga boleh memuat turun aplikasi PIDL ke dalam telefon pintar Android, iOS atau komputer Windows, Linux dan macOS.

Atau hadir ke perpustakaan tersebut yang terletak di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,  Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,11400 Georgetown, Pulau Pinang.

Perpustakaan Islam Digital Pulau Pinang Kini Dibuka kepada Orang Ramai

Untuk info lanjut, layari https://pidl.kitab.edu.my.

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi – Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz
  • Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps
  • ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY