Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Televisyen Xiaomi Mi Full Screen TV Pro Hanya Berharga Dari ~RM880

Posted on September 27, 2019September 27, 2019

Mi Full Screen TV Pro ditawarkan dalam 3 saiz paparan iaitu 43”, 55” dan 65”.

Selain melancarkan model terbaru Mi 9 Pro 5G, Xiaomi turut memperkenalkan televisyen terbaru yang dikenali sebagai Mi Full Screen TV Pro. Ia merupakan televisyen yang menyokong resolusi sehingga 8K.

Mi TV Pro ini dilengkapi dengan 3 pilihan paparan iaitu skrin bersaiz, 43 inci, 55 inci dan 65 inci. Apa yang menarik perhatian adalah harga jualan tv Xiaomi ini hanya berharga dari RMB 1,499 (sekitar RM882) sahaja.

Rekaan nisbah skrin dan bingkai aluminium yang amat nipis pula menjadikannya kelihatan mewah dan mengkagumkan. Malah rekaan bahagian belakangnya dipadankan dengan tekstur 3D gentian karbon yang memberikan rasa sentuh premium pada pengguna.

Mi Full Screen TV Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan 12nm Amlogic T972 quad-core A55 (1.9GHz) yang dibangunkan oleh Mi TV dan Amlogic. Kredit: Xiaomi

Mi TV Pro dilengkapi dengan memori RAM 2GB  dan storan terbina dalam bersaiz  32GB. Pembesar suaranya pula adalah dari Dolby Audio dan DTS.

Manakala panel skrin Mi Full Screen TV Pro pula menyokong paparan video 8K (in 4K output).

Harga jualan Mi Full Screen TV Pro adalah berharga dari RMB 1,499 (sekitar RM882) untuk model 43 inci, RMB 2,399 (+-RM1411)  untuk model 55 inci dan RMB 3,399 (+-RM2000)  untuk model 65 inci.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress